Tahukan anda hari apakah hari ini?
Hari Tandas tingkat kesedaranKUALA LUMPUR: Hari Tandas Sedunia yang disambut serentak di seluruh negara semalam, bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya memiliki tandas yang bersih bagi menjamin kualiti hidup.
Hari Tandas Sedunia, yang diasaskan Pertubuhan Tandas Sedunia (WTO) dan disambut setiap 19 November adalah untuk menyedarkan orang ramai bahawa tandas yang tidak dijaga dengan baik boleh menjadi punca kepada merebaknya pelbagai jenis penyakit .
Di SHAH ALAM, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesyorkan supaya tandas di kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara
dinaik taraf dengan teknologi terkini.Timbalan Menterinya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, berkata kementerian itu yang bertindak sebagai penyelaras sedang berbincang dengan Kementerian Pelajaran ke arah pelaksanaannya.
Sehubungan itu, katanya,
Sirim Berhad sudah diminta mereka bentuk tandas mengikut standard bagi kegunaan tertentu dan kini di peringkat akhir penyesuaian.
"Kemudahan dalaman tandas juga perlu diubah,
misalnya penggunaan pengepam air automatik yang lebih lasak," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pembersihan Tandas Awam Serentak bagi seluruh negara di Laman Budaya, di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 33 kompaun terhadap pemilik restoran bagi tempoh Januari hingga Oktober selepas tidak menyelenggara tandas dengan sempurna.
Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL, Dr Zainol Ariffin Pawan Chee, berkata bagi tempoh yang sama sebanyak 513 amaran dan 546 notis perintah sudah dikeluarkan terhadap pemilik premis dan pengendali tandas awam di ibu kota.
“
Kesemua 68 tandas awam di ibu kota ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu A, B dan C mengikut kepada tahap kebersihan dan penyelenggaraan tandas masing-masing,” katanya selepas melakukan pemeriksaan tandas di restoran, pusat beli belah dan stesen minyak membabitkan empat zon Cheras, Klang Lama, Kepong dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, semalam.
Di GEORGETOWN, Sebilangan besar pelancong yang melawat Pulau Pinang masih tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan tandas awam yang disediakan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata selain vandalisme,
terdapat juga masalah lain seperti reka bentuk dan peralatan kurang sesuai dipasang di tandas awam.
"Sebagai langkah meningkatkan kualiti tandas awam, MPPP memperuntukkan RM1 juta bagi kerja menaiktaraf, manakala RM45,000 lagi untuk penyelenggaraan," katanya.
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh belum berpuas hati dengan tahap kebersihan tandas awam di bandar ini dan meminta Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) meningkatkan segera tahap kebersihannya.
Beliau yang meninjau tahap kebersihan tandas awam sebagai persiapan kejohanan Perahu Layar Piala Monsun yang bermula 27 November ini berkata,
semua tandas perlu sentiasa bersih terutama pada waktu puncak.
"Saya masih kurang berpuas hati dengan tahap kebersihan tandas awam walaupun MPKT sudah meningkatkan kemudahan tandas awam, termasuk memasang jubin bagi keselesaan orang ramai,” katanya.
Di JOHOR BAHARU, Sebanyak 16 restoran di sekitar Johor Baharu diarah ditutup dalam tempoh Januari sehingga September lalu kerana tidak menyelenggarakan tandas masing-masing dengan sempurna.
“Semua tandas ini didapati terlalu kotor,” kata Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Wahid Dahalan kepada pemberita pada majlis Kempen Kesedaran dan Kebersihan Tandas Awam sempena Hari Tandas Sedunia di sini, semalam.
Kesemua premis berkenaan masing-masing dikompaun RM250 mengikut Undang-Undang Kecil Tandas Awam MBJB 2003 kerana tidak mengurus dan menjaga tandas kegunaan awam dalam keadaan bersih.
Di IPOH:
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mempamerkan nombor talian hotline di setiap tandas awam di bandaraya itu bagi memudahkan pengguna melaporkan terus kerosakan atau kegiatan vandalisme di kawasan kemudahan awam itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Chang Ko Youn berkata, cadangan itu bagi membolehkan pengguna terus membuat aduan terhadap pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil.
"Jika selama ini nombor aduan kerosakan merangkumi semua jenis kerosakan membabitkan kerajaan tempatan, kali ini kita akan sediakan nombor hotline khusus untuk pengguna melaporkan mengenai kerosakan tandas awam,” katanya selepas melancarkan Kempen Kebersihan Tandas Awam peringkat MBI di sini, semalam.
Di MELAKA: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB),
Datuk Zaini Md Nor mengarahkan semua ahli majlis menjadikan sekurang-kurangnya dua tandas awam di sekitar bandaraya sebagai anak angkat masing-masing.Beliau yang mengambil dua tandas awam iaitu di Taman Bunga Bandaraya dan Hadapan Memorial Kemerdekaan di Bandar Hilir sebagai anak angkat berkata, kaedah itu akan memudahkan MBMB memantau tahap kebersihan tandas awam di sekitar bandaraya.
"Oleh itu, saya mahu 15 ahli majlis MBMB mengambil sekurang-kurang dua tandas awam sebagai anak angkat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi pemantauan tandas awam peringkat Bandaraya Melaka Bersejarah di Mahkota Parade, di sini, semalam.
Ihsan dari Berita Harian...Jadi sudahkah anda mengucapkan selamat hari tandas kepada tandas anda hari ini? Seperti anda, tandas anda juga mempunyai perasaan, ingin dibelai dimanja. Jadikan hari ini hari istimewa untuk tandas anda. Luangkan masa anda bersamanya.
Sometimes I wonder if Berita Harian has ever consider changing its name to Berita Hairan. And after reading this article, i cannot help myself from laughing. With all those steps taken by the goverment, we can still laugh at Singapore when they have the cleanest toilets contest?
dinaik taraf dengan teknologi terkini. - Sirim Berhad sudah diminta mereka bentuk tandas mengikut standard - The next thing to do is to get ISO 9000 for the toilets
misalnya penggunaan pengepam air automatik yang lebih lasak - lebih lasak atau lebih tahan lasak? why must a water flush be lasak?
Kesemua 68 tandas awam di ibu kota ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu A, B dan C mengikut kepada tahap kebersihan dan penyelenggaraan tandas masing-masing - And I'm sure 80 percent of them are Cs. I think this is a good step. Just like those restaurants grades we have. Imagine having an A restaurant with C toilets.
terdapat juga masalah lain seperti reka bentuk dan peralatan kurang sesuai dipasang di tandas awam - seperti?
semua tandas perlu sentiasa bersih terutama pada waktu puncak. - during peak periods, you'll need MORE toilets not CLEANER toilets, but having both doesn't hurt.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mempamerkan nombor talian hotline di setiap tandas awam di bandaraya itu - And then what? Send the public toilets squad? Oh, I have a good name for them, instead of SWATS, we'll name then SQUATS
Datuk Zaini Md Nor mengarahkan semua ahli majlis menjadikan sekurang-kurangnya dua tandas awam di sekitar bandaraya sebagai anak angkat masing-masing. - Awww, isn't that thoughtful? I'm touched.